Sunday, 15 May 2016

Panduan Membeli Sportswear Wanita



 Keselesaan adalah elemen yang terpenting ketika pemilihan pakaian sukan atau sportwear wanita. Rasa yang kurang selesa semasa melakukan aktiviti sukan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tumpuan dan prestasi seseorang individu tersebut. Oleh yang demikian, penting untuk anda memilih koleksi baju sukan yang selesa, praktikal dan pada masa yang sama trendi.
Berikut merupakan beberapa panduan dan tips untuk anda membeli koleksi sportswear wanita yang betul
1.Saiz

Ini adalah perkara terpenting yang harus anda fokuskan. Pakaian sukan yang terlalu besar atau terlalu kecil bukan sahaja menyukarkan pergerakan anda malah boleh mengganggu tumpuan anda.

2.Fabrik

Pilih fabrik yang menyerap peluh dan membenarkan sistem ventilasi berjalan dengan lancar ketika anda bersukan. Fabrik seperti cotton, polyester merupakan dua jenis fabrik yang paling bersesuaian. 

3.Fleksible

Tumpukan juga kepada jenis pakaian yang fleksible kerana ia tidak akan mudah koyak apabila anda melakukan latihan sukan yang ekstrem. 

4.Versatile

Khusus bagi wanita, anda boleh membeli pakaian sukan yang versatile dimana ia juga boleh dipakai sebagai pakaian kasual anda. 

5.Praktikal

Penting untuk anda mengenalpasti jenis pakaian sukan yang bersesuaian dengan aktiviti jenis apa yang ingin anda lakukan. Jika anda ingin melakukan sukan air, elakkan daripada memakai pakaian sukan daripada fabrik cotton yang berat.

No comments:

Post a Comment