Friday, 27 May 2016

Tahukah Anda

Assalamualaikum kawan2

Tahukah kamu JIKA TERDETIK walau SEDETIK
hatimu untuk BERUBAH LEBIH BAIK,ianya adalah HIDAYAH dari ALLAH.

Kerana RASA itu MILIK ALLAH. Jangan abaikan perasaan itu,mulakan walau selangkah cuma,
bersikit lebih baik dari langsung tiada.

#INSYAALLAH

Sudah Ku Tahu

Hai kawan2 semua...

Disebabkan ari ni cik atiey cuti, then duk melayan you tube jelah kejenya...nk kluar jalan2 malas..hihihi

Adoyai, terminat pulak dngan lagu ni..Layan jerr...


Lirik Lagu - Sudah Ku Tahu

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!

C/O Sayang !! 
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar
Sayang !!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...

Wednesday, 25 May 2016

Renungan Pagi

Assalamualaikum..


Learn to accept everything happened:

"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang,maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia, Maka Allah menghalangimu dari perkaratersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya"-Imam Syafi'i

Tuesday, 24 May 2016

Petua Kebahagiaan

Assalamualaikum..


Tujuh punca kebahagiaan:

1) Jangan membenci sesiapa pun,walaupun ada yang menyalahi hakmu
2) Jangan bersedih secara berlebihan sekalipun problem memuncak
3) Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada
4) Berbuatlah kebaikan walaupun cuma sekali
5) Banyakkan memberi walaupun kita sedang susah
6) Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis
7) Jangan putus berdoa untuk saudara seislam

Resepi: Aiskrim sumi

Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan semua

Hari ini saya nak kongsi satu resepi dengan kawan-kawan semua..hihihi
Alah,resepi aiskrim sumi yang femes sekarang ni..Saya pun dah pernah try buat aiskrim ni.
Sedap (nyum3)..Lagi2 musim panas sekarang.Boleh la basahkan tekak dengan aiskrim sumi ni.


JOM TRY !!!

Bahan-bahan

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 botol mineral besar 1.5L
Secubit garam
Sumi 3 paket (1 paket pun cukup)

Masak kesemua bahan diatas (kecuali sumi) biar mendidih sekejap.


TARA!!!Dah siap..Senang sangat kan

Rahsia Allah

Assalamualaikum kawan-kawan...

Jodoh itu sangat unik.Seringkali yang dikejar-kejar menjauh,yang tak sengaja mendekat.

Allah itu maha adil,
Dia telah mengatatur perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa,lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.

Sabar. Allah takkan biarkan hambaNya bersedih selamanya. Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya.

Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita.Bukan bererti Allah tak sayang dengan kita.Allah tahu apa yang terbaik. Dia mnegatur semuanya jadi lebih indah.

Lalu,yakinlah dengan ketentuan Allah."La tahzan ,innaallaha ma'ana".Don't be sad. Allah is with us.

Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doamu,mungkin kamu akan disatukan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu.

Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredaanNya.

Saturday, 21 May 2016

FRIENSHIP

Assalamualaikum...



Kita tidak akan dapat memiliki seorang teman jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesilapan
kerana manusia itu sangat sempurna apabila kita melihat pada kebaikannya dan sangat indah apabila kita melihat pada keunikannya.
Namun,mereka akan sentiasa buruk jika kita tidak dapat melihat keduannya,
Hargailah ikatan persahabatan yang terbina..

HAPPY FRIENSHIP

Thursday, 19 May 2016

Motivasi pagi


Assalamualaikum



Allah does not burden a soul beyond that it can bear...

Saat beban di bahu terasa begitu berat,
Bersujudlah.
Lepaskan beban itu ke tanah.
Lepaskan kembali pada ALLAH

always be positive

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam..Insyaallah.Pernah tak kawan2 setiap kali bangun tido rase malasnya nak gi kerja, malasnya nak buat tu, malasnya nak buat ni..Mesti pernahkan?Cik atiey sendiri pun kadang2 merasa benda yang sama lagi2 kalau terjadi peristiwa yang tidak dapat dilupakan semalam..

Change your mind..Be positive kawan-kawan. Past is past..
Anggap je apa yang berlaku semalam adalah sejarah dan hari ini adalah satu anugerah..
Hargailah peluang yang diberikan untuk kita pada hari ini sebaik-baiknya.


Setiap kali bangun tido, recharging ion positive yang menghilang..Think positive.

TODAY WILL BE A GOOD DAY.
#STRONG INNER PEACE#


Tuesday, 17 May 2016

Tips temuduga

 Assalamualaikum..

Pejam celik,pejam celik dah hampir 4 bulan cik atiey memulakan kerja sebagai staffnurse
Alhamdulillah lepas grad 2 bulan cik atiey terus dapat tawaran kerja..tak lamalah cik atiey menganggur....hihihi
Alhamdulillah rezeki Allah..

Lately ramai sangat cik atiey dengar orang comlain kenapa orang CGPA 3.8 tak dapat kerja tapi CGPA 2.8 dapat kerja...Actually, Cik atiey punyer pointer takde la gempak sangat...hihihi. 
Kebanyakan mereka menyalahkan calon lain yang dapat dengan tuduhan guna kabellah,main rasuah lah..Don't judge orang..Tak pasal-pasal dapat dosa..


So,kat sini cik atiey nak kongsi sedikit tip semasa ditemuduga dengan kawan2:

1)Bila penemuduga bertanya,pandai-pandailah bagi reason yang gempak,tepat dan padu.

2)Rajinlah buat research tentang skop pekerjaan,syarikat dan siapa majikan anda.

3)Yakin dengan jawapan yang diberikan. Tak kisahlah jawapan kita tu betul ke salah tapi confident tu mesti ada.

4) Berpakaian sopan. Pakaian mestilah bersesuaian dengan tempat kerja yang dipohon.

5) Berserah pada Allah..Jangan terlalu berharap



Bersabarlah...Allah always with us

Assalamualaikum

Kawan2 cik atiey pernah tak berdepan dngan masalah?

Kadang2 Allah mendatangkan ujian untuk menguji tahap keimanan kita...
Bersabarlah....
Mungkin ada hikmah disebaliknya..


Kalau kita ada masalah,kita cerita kat kawan yang rapat dengan harapan dia faham apa yang kita lalui,
Tetapi dia tidak faham rasa resah gelisah dalam hati kita,
Hakikatnya, tiada siapa yang faham apa yang kita tengah lalui kerana mereka tak lalu apa yang kita lalui.
Namun begitu, ...
ALLAH faham becoz ALLAH is always with us.

#LOVE ALLAH#

Hikmah Senyum

 Assalamualaikum..
Selamat Pagi...


SENYUMLAH..

Mulakan pagi anda dengan senyuman...
Siapa tahu dengan  senyuman,
Segala urusan anda dapat dipermudahkan..
Senyum kan satu sedekah
hihihi....

Terima Kasih Guru

   Assalamualaikum

Kawan-kawan cik atiey dah ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru kalian semua?
Jangan lupa warga pendidik tidak kira walau guru mengaji ke, guru silat ke, cikgu menjahit ke, cikgu memasak ke or sesiapa sahaja even die mengajar satu kalam Bismillah pun guru jua alkisahnya....



Beruntunglah para guru sekalian...
Allah sangat memuliakan orang yang menyampaikan ilmu walaupun sepatah perkataan...
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita kerjakan..

Cik atiey pun nak wish SELAMAT HARI GURU buat guru2 cik atiey dari cg mengajar mngaji, cg pra sekolah, cg sek.rendah , cg.sek menengah dan pensyarah2 universiti.

#TERIMA KASIH GURU#
#JASAMU DIKENANG#



Sunday, 15 May 2016

Panduan Membeli Sportswear Wanita



 Keselesaan adalah elemen yang terpenting ketika pemilihan pakaian sukan atau sportwear wanita. Rasa yang kurang selesa semasa melakukan aktiviti sukan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tumpuan dan prestasi seseorang individu tersebut. Oleh yang demikian, penting untuk anda memilih koleksi baju sukan yang selesa, praktikal dan pada masa yang sama trendi.
Berikut merupakan beberapa panduan dan tips untuk anda membeli koleksi sportswear wanita yang betul
1.Saiz

Ini adalah perkara terpenting yang harus anda fokuskan. Pakaian sukan yang terlalu besar atau terlalu kecil bukan sahaja menyukarkan pergerakan anda malah boleh mengganggu tumpuan anda.

2.Fabrik

Pilih fabrik yang menyerap peluh dan membenarkan sistem ventilasi berjalan dengan lancar ketika anda bersukan. Fabrik seperti cotton, polyester merupakan dua jenis fabrik yang paling bersesuaian. 

3.Fleksible

Tumpukan juga kepada jenis pakaian yang fleksible kerana ia tidak akan mudah koyak apabila anda melakukan latihan sukan yang ekstrem. 

4.Versatile

Khusus bagi wanita, anda boleh membeli pakaian sukan yang versatile dimana ia juga boleh dipakai sebagai pakaian kasual anda. 

5.Praktikal

Penting untuk anda mengenalpasti jenis pakaian sukan yang bersesuaian dengan aktiviti jenis apa yang ingin anda lakukan. Jika anda ingin melakukan sukan air, elakkan daripada memakai pakaian sukan daripada fabrik cotton yang berat.

Friday, 13 May 2016

Happy Nurses Day

Assalamualaikum semua,

First sekali cik atiey nk wish selamat hari jururawat buat semua jururawat in the world....
Terima kasih diucapkan kepada jururawat di luar sana diatas kesabaran dan ketabahan anda dalam merawat dan melayan pelbagai  karenah pesakit..
Tu tak termasuk lagi dengan karenah keluarga pesakit (macam-macam)...hihihi.
Sebenarnaya, Cik atiey pun seorang jururawat..
so,cik atiey tahu tugas jururawat ni bukanlah tugas yang mudah....

Tanggal 12 Mei adalah hari bersejarah buat jururawat seluruh dunia...
Tahun ni cik atiey beruntung taw kerana berpeluang menyambut hari jururawat bersama-sama rakan jururawat yang laen di Putrajaya International Convention Centre (PICC)...hihihi..
Seronok dapat berkumpul beramai-ramai..

Tahniah buat rakan-rakan jururawat semua...
Jasa anda semua dikenang
May all the care and kindness you give to others come back to warm your heart....


Doctor as a "brain"...
Nurses as a "heart"....
If the brain not function,the heart still can survive...
But...
If the heart not function, the brain will die..

Renungan sejenak

 
Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari...
Sebaliknya..
Jika kita kejar Akhirat,dunia akan mengejar kita 
So..
Konsep yang sama kita patut terapkan dalam soal cinta......
Kejarlah cinta Allah terlebih dahulu...
Maka,
Cinta manusia akan mengejarmu nanti....